Terlerai sudah segala spekulasi mengenai bintang AF ni. Akhirnya Mawi mengesahkan dalam sidang akhbarnya di Palace of Golden Horses mengenai tarikh pernikahannya bersama Ekin atau nama sebenarnya, Nora' Asikin Rahmat..

SERI KEMBANGAN: Penyanyi, Asmawi Ani atau Mawi, menafikan spekulasi kononnya menerima RM5 juta daripada Astro sebagai bayaran hak penyiaran eksklusif majlis perkahwinannya dengan pelakon Nora'Asikin Rahmat (Ekin), Disember depan.

Mawi, 27, yang akan bernikah dengan Ekin, 29, pada 20 Disember, berkata Astro diberi hak eksklusif bagi membalas jasa stesen televisyen berbayar itu yang banyak membantu meningkatkan kerjaya seninya.



"Mana mungkin saya meminta bayaran sebanyak itu. Itu semua tidak benar dan hanya spekulasi," katanya pada sidang media di Palace Of The Golden Horses di sini, petang semalam.

Pada sidang media yang disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Awani itu, Mawi mengumumkan upacara akad nikah beliau dan Ekin diadakan di sebuah masjid diikuti malamnya majlis resepsi di Stadium Tertutup Johor Bahru.

Kenduri pengantin lelaki diadakan di Dewan Felda Taib Andak pada Ahad 28 Disember, manakala resepsi istimewa berlangsung di Palace Of The Golden Horses pada 11 Januari.

Mawi juga menganjurkan konsert khas di Padang Felda Taib Andak pada 27 Disember bersama rakan Akademi Fantasia.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah, berkata program khas perkahwinan Mawi diadakan tanda sokongan Astro terhadap penyanyi itu.

Mengenai wang hantaran, Mawi berkata, perkara berkenaan masih pada peringkat perbincangan.

"Saya bertanyakan kepada keluarga Ekin mengenai hal itu, tetapi mereka menyerahkannya bulat-bulat kepada saya untuk menentukannya. Selesai perbincangan nanti, kami pasti akan umumkan," katanya yang akan menerima 11 dulang berbalas sembilan daripada Ekin.

Ditanya bagaimana dia melamar Ekin, Mawi berkata, hasratnya itu dilahirkan menerusi telefon ketika di berada di Syria bagi menjalani rakaman program kembara, Mawi Di Bumi Anbia, April lalu.

www.bharian.com.my

0 comments:

Post a Comment

Penafian

Team Gambar Hangat Terbaik Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel & Gambar Di Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.

Semua Artikel & Gambar Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Gambar Hangat Terbaik.

Team Gambar Hangat Terbaik Tidak Akan Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Team Gambar Hangat Terbaik Akan Meletakkan Kredit Kepada Pemilik-pemilik Artikel & Gambar Di Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.

Team Gambar Hangat Terbaik Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.