Sah Mawi berkasih dengan Ikin



Ekin wanita istimewa saya - Mawi

GENTING HIGHLANDS 30 Mac - “Memang benar Ekin adalah wanita paling istimewa dalam hidup saya ketika ini”.
Demikian pengakuan penyanyi lelaki popular, Asmawi Ani, 27, atau Mawi setelah sekian lama berteka-teki mengenai hubungannya dengan pelakon, Nora Asikin Rahmat, 29, atau Ekin ketika ditemui pada majlis minum petang anjuran Lord‘s Tailor di sini petang ini. Malah, Ekin turut berada di sisi Mawi sewaktu beliau membuat pengakuan tersebut.

Namun begitu, pasangan itu menafikan mereka kini sedang merancang untuk menamatkan zaman bujang penghujung tahun ini seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan.

“Kami menafikan sebarang berita yang mengatakan kami sedang menuju ke arah itu (berkahwin). Apa pun, nantikan sahaja pengumuman seandainya jodoh kami sudah sampai kelak,” janji pasangan itu.

Ketika ditanya apakah keistimewaan Ekin di mata Mawi, juara Akademi Fantasia musim ketiga itu memberitahu, sikap Ekin yang ceria serta matang dalam menangani segala masalah membuatkan dia menerima wanita itu untuk bertakhta di hatinya.

Dalam pada itu, Mawi turut memberitahu, dia langsung tidak berniat untuk menafikan mahupun membuatkan media dan peminatnya terus tertanya-tanya mengenai hubungannya itu, tetapi dia harus menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkannya.

“Saya pernah berkata sebelum ini bahawa saya akan beritahu kepada semua mengenai hubungan saya. Lagipun, hubungan saya dengan Ekin hadir dengan sendirinya dan kami tidak pernah menetapkan untuk menjadi pasangan kekasih,” jelas Mawi yang mula mengenali Ekin sejak tahun 2006.

Ekin pula, ketika diusik bagaimana mereka menghabiskan masa berdua, sambil ketawa kecil, dia memberitahu, mereka tidak pernah menetapkan masa dan tempat untuk bertemu.
“Sebaliknya, kami akan keluar beramai-ramai bersama kawan Mawi dan bertemu di kedai mamak,” jelas Ekin.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Penafian

Team Gambar Hangat Terbaik Ingin Menyampaikan Permintaan Maaf Yang Sebesar-besarnya Kepada Semua Pemilik-pemilik Artikel & Gambar Di Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.

Semua Artikel & Gambar Diterima Dari Pengunjung & Peminat Blog Gambar Hangat Terbaik.

Team Gambar Hangat Terbaik Tidak Akan Melakukan Plagiat Terhadap Blog-blog Lain.

Team Gambar Hangat Terbaik Akan Meletakkan Kredit Kepada Pemilik-pemilik Artikel & Gambar Di Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.

Team Gambar Hangat Terbaik Tidak Bertanggungjawab Terhadap Sebarang Kehilangan Atau Kerosakan Yang Dialami Kerana Menggunakan Maklumat Dalam Blog Gambar Hangat Terbaik Ini.